IPOPapanRail

Akademi

Kerangka analisis di sebalik setiap gred.

Ringkasan metodologi yang digunakan untuk menilai setiap IPO — gabungan pemodelan statistik ke atas 258 IPO sejarah, kajian prospektus individu, dan pengesahan silang dengan keputusan sebenar.

Perjalanan

5 Peringkat Setiap IPO

Setiap kaunter melalui jujukan yang sama sebelum ia boleh didagangkan.

01

Draft

Prospectus lodged, under SC review

02

MITI

Bumiputera / MITI allocation window

03

Public

Open for public balloting

04

Balloting

Results being finalised

05

Listed

Trading live on Bursa

Metodologi

Sistem Gred (5 Bintang)

Gred bukan formula tunggal — ia gabungan pemodelan statistik (OS, sektor, penasihat, MITI), kajian prospektus individu, dan — untuk IPO Papan Utama bersaiz besar — analisis tier pelabur cornerstone. Kriteria berbeza ikut pasaran.

5.0
Keyakinan Tertinggi

Sektor bertema kukuh (Teknologi/F&B) + tiada peruntukan MITI + peruntukan awam kecil (OS dijangka >50x) + penasihat rekod baik + valuasi adil + tiada litigasi.

Contoh: RedPlanet Berhad

4.0
Kukuh

Fundamental kukuh, dengan satu faktor penahan (penasihat lemah / tema kurang glamor / valuasi premium). OS dijangka 20–50x.

Contoh: UNIPAC, EcoSys, Pioneer Heat

3.0
Bercampur

Fundamental baik tapi tiada ‘peer’ sebenar untuk sahkan silang, isyarat struktur neutral. OS dijangka 10–20x.

Contoh: Butterfield FB

2.0
Berhati-hati

Struktur demand lemah (allocation besar + MITI), margin nipis atau gearing tinggi. OS dijangka <10x.

Contoh: KEB, SLGC

1.0
Elak

Litigasi aktif sebagai defendan + gearing >3x + pelbagai red flag bertindih serentak.

Rujukan Pantas

Kamus Metrik

Lapan metrik yang paling kerap menentukan gred akhir sesuatu IPO.

Kadar Lebih Langganan (OS)

Peramal tunggal terkuat untuk pulangan hari pertama (korelasi Pearson 0.57). Peruntukan awam yang lebih kecil, ketiadaan peruntukan MITI, dan sektor Teknologi/F&B cenderung menaikkan OS.

Faktor ‘Tema’

Naratif industri glamor (AI, semikonduktor, data-centre) cenderung menewaskan industri tradisional (O&G, pembinaan, hartanah) walaupun fundamental setanding. Selalu sahkan dengan syarikat sejarah yang perniagaannya benar-benar sepadan, bukan sekadar label sektor yang sama.

Identiti Penasihat

Sesetengah penasihat berkait dengan corak prestasi lemah merentasi beberapa kaunter — semak rekod sebenar (bilangan IPO, purata OS, purata pulangan), bukan hanya nama. Ejaan nama syarikat penasihat yang berbeza (dengan/tanpa ruang) kadangkala rekod jauh berbeza — sahkan ejaan tepat.

Tier Pelabur Runding (Cornerstone)

Faktor dominan untuk IPO bookbuild Papan Utama bersaiz besar (>RM1 bilion) — melebihi kepentingan penasihat, PE, atau fundamental. Satu cornerstone GLIC dominan (cth. EPF ambil >20% bersendirian) lebih bermakna daripada senarai panjang cornerstone kecil-kecil tanpa nama besar.

Nisbah Gearing

Gearing tinggi (>3x) menandakan risiko kewangan lebih besar, terutamanya digabung dengan litigasi aktif atau margin untung nipis (<8%).

Padanan Rakan Sebaya (Peer)

Padankan berdasarkan persamaan perniagaan sebenar (produk, pelanggan, model operasi), bukan penasihat sama, sektor label kasar, atau kedekatan tarikh penyenaraian.

Nisbah OFS (Offer-For-Sale)

BARU

Nisbah saham ‘cash-out’ pemegang saham sedia ada berbanding saham baru. Nisbah OFS tinggi berkait pulangan lebih rendah — terutama pada IPO Papan Utama gergasi (korelasi −0.58). Struktur 100% saham baru (tiada OFS) adalah isyarat paling positif.

Kesan PE Ratio (ikut saiz pasaran)

BARU

Untuk IPO ACE kecil: PE rendah/murah berbanding peers = isyarat positif. Terbalik untuk IPO Papan Utama gergasi: PE tinggi sering mencerminkan keyakinan institusi/cornerstone yang kukuh, bukan tanda ‘terlebih harga’.

Sebelum Memohon

Senarai Semak

Akaun CDS

Buka melalui broker pilihan atau aplikasi Bursa Anywhere.

Akaun e-Banking

Pastikan akaun bank disambungkan untuk permohonan e-IPO.

Portal MITI

Untuk kelayakan Bumiputera, mohon melalui portal MITI berasingan daripada saluran awam.

Semakan Prospektus

Baca ringkasan risiko dan struktur peruntukan; untuk IPO gergasi, semak spesifik senarai & tier cornerstone; untuk semua IPO, semak seksyen litigasi dan trend margin 3–4 tahun sebelum submit.